Bout My Life

Friday, November 26, 2010

Tounge Twisters


Say these tongue twisters three times very quickly
1.      Seven slippers nails stepped on a stick snake
2.      Of  all the saw that I never saw, I never saw a saw to saw like this saw
3.      Who bit the bold bald bear on the shoulder on the shoulder  on the boulder and make the bold bald bear on the boulder?
4.      This shop sells smelly, short socks.
5.      Think teeth think, think teeth think.
6.      If you notice a notice on a notice board, you will notice that the notice on the notice board is not real notice.
7.      Five frothy fishy frogs fries flies on a fish farm.
8.      Benny painted the belt black so he can get a black belt for Bent.



Created By:
 Asyraf 5 Amanah
mierule_asyraf93@yahoo.com

Memories At SMoKBJ




SMoKBJ…
Pelbagai sejarah dicatatkan
Kini kau berubah wajah
Saat suka dan duka bersamamu
Tidak akan dapat ku lupakan.

Suatu hari…
Pasrahnya aku melangkah keluar…
Tapi ketahuilah SMoKBJ kau
Akan tetap bersemadi dihatiku
Pengubat rindu dikala rindu
Datang menyerang…

Di SMoKBJ...
Sahabat dan handai menemaniku
Sejarah persahabatan juga
Terkubur di SMoKBJ...

Bila tiba masanya...
Aku datang kembali kesini
Menabur bakti
Menjadi teman setiamu SMoKBJ...

SMoKBJ...
Akulah, engkaulah dan merekalah
Yang membuat engkau semakin dikenali
SMoKBJ namamu nan megah
Dimerata tempat,

Tapi sekarang...
Aku harus berpisah denganmu...
Akan ku kotakan janjiku...

Selamat Tinggal SMoKBJ...

Cetusan Minda:
Asyraf 5 Amanah
mierule_asyraf93@yahoo.com




Thursday, August 19, 2010

Disana Mawar Disini Penawar

Ketika kuputus kasih
Kau berikan ku semangat
Kisah lama
Tak lagi teringat
Hampir-hampir kuterlupa
Di sini lebih bererti
Tak terbanding dengan di sana

Banyak benarnya tohmahan
Yang telah dilemparkan
Pada aku seorang seniman
Waktu aku teratas
Ramai benar yang memuji
Tak kusangka semua itu duri

Terkecuali kau seorang
Yang memberi harapan
Penuh kasih sayang
Sanggupnya kau hulurkan
Bertambah semangat
Untukku berdiri
Menempuh semua yang takku ingini

Lalu benar disana
Mintaku cuma hanya pada nama
Tak pernah ku merasa
Secebis semangat
Yang telah kau hulurkan

Mengertilah kini
Siapa lebih suci
Antara di sana
Dengan yang di sini
Sungguh kuterkilan
Di atas kecurangan
Padamu kasih
Yang tiada
Bandingan nilainya

Takkan aku menyayangi
Sesiapa pun yang bertandang
Bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman
Yang terangi kegelapan
Kau bagiku
Wanita penyayang

Kesedihan

kesedihan datang setiap hari tanpa memberi ruang kepada kebahagiaan walaupun sedikit... dikala kesedihan itu datang hati terasa gundah... sunyi sepi di segenap ruang... bagaikan jiwa ini kosong tak bermakna???
Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

( 1 )
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

( ulang dari 1 )

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Thursday, July 29, 2010

My Cerpen- Liku-Liku Kehidupan Seorang Insan...


CERPEN

Liku-Liku Kehidupan Seorang Insan…
Mohd Amirul Asyraf

Namaku Ahmad Danial Asyraf. Rakan-rakan selalu mengelarku dengan panggilan ‘Ap’. Aku dilahirkan pada 14 Februari pada tahun 1993. Pada masa itu Hospital Yan di mana tempat aku dilahirkan baru sahaja dibina. Hanya satu bangunan yang telah siap dibina iaitu bangunan bersalin. Ibuku melahirkan aku di sana dengan keadaan pada masa itu sangat gawat dengan peralatan yang tidak seberapa cukup untuk melahirkan anak pada waktu itu tetapi Hospital itulah yang menjadi sasaran untuk ibuku melahirkan aku kerana hospital itulah satu satunya hospital atau tempat paling terdekat untuk ibu-ibu melahirkan anak pada waktu itu. Ayahku Mat Nayan Awang bergegas dengan cepat membawa ibuku yang sedang menderita kesakitan ke hospital itu dengan menaiki motosikal memandangkan pada waktu itu tiada kenderaan beroda empat disebabkan dengan kemiskinan. Setelah tiba di perkarangan Hospital Yan para jururawat bergegas bagai kilat membawa ibuku ke bilik persalinan dengan menaiki kerusi roda. Setelah tiba di dalam bilik bersalin ibuku di baringkan di atas sebuah katil yang agak empuk untuk proses bersalin. Sementara itu doktor yang bertugas sedang menyediakan peralatan untuk bersalin buat ibuku. Ibuku mengumpul sekuat tenaga untuk melahirkan aku. Semasa proses bersalin ayahku di suruh menunggu di ruang tunggu diluar bilik bersalin sehingga proses bersalin berjaya dilakukan. Ayahku menanti dengan penuh ketabahan. Terdetik di hati ayahku ingin melihat proses bersalin itu tetapi tidak diberi keizinan oleh doktor yang bertugas. Setelah beberapa minit terdengar tangisan seorang bayi. Ayahku yang sedang sabar menanti diluar bilik bersalin berasa sedikit lega apabila mendengar tangisan kecilku yang sayup-sayup kedengaran di segenap ruang bersalin di Hospital Yan. Ayahku melihat jam ‘cassio’ yang tertambat di tangan kirinya menunjukkan pukul 9.30 pagi. Doktor yang pertama menyambutku datang ke dunia  yang indah dengan hasil bumi ini ialah Doktor Asiah. Setelah ibuku berjaya melahirkan aku ke dunia ini, aku dengan sikap egonya menunjukkan sikap kedegilanku dengan menangis sekuat hatiku tanda rasa tidak puas hatiku. Setelah sahaja doktor memotong tali pusatku jururawat segera mengendongku untuk dibersihkan kesan darah dan lender-lendir yang melekat pada badanku. Selepas itu ayahku dibenarkan untuk masuk ke bilik bersalin. Hari ini buah cinta ibu bapaku telah terzahir, hari ini bukti kasih bapaku kepada ibuku telah pun lahir. Bapa ku dibenarkan untuk mengendongku dan bapaku dapat melihat buah dari hasil kasih sayang mereka berdua itu. Bapaku mendapati bayi dari ibuku yang dikandung selama 9 bulan itu ternyata lelaki. Dengan sepantas kilat bapaku mengalunkan alunan azan di cuping kecil telingaku ku yang sedang menangis tetiba saja terhenti mendengar alunan azan yang dialunkan oleh bapaku sangat mendayu-dayu membuatkan aku terlentok. Selepas bapaku selesai mengazankan aku, aku sempat menyaksikan gelagat bapaku. Terasa seperti sedang mengunyah sesuatu. Selepas itu dia mengambil sedikit sisa dari kunyahan nya lalu menyapu di lelangitku. Aku berasa sangat hairan kenapa bapaku melakukan perbuatan sedemikian kepadaku. Aku merasa sisa makanan tadi sangat manis dan lazat. Terdengar suara ibuku yang agak perlahan berkata, “sudahkah abg mengtahnik bayi kita?” Tanya ibuku kepada bapaku. Bapaku tanpa mengeluarkan patah bicara lalu mengangguk tanda dia sudah pun membuat apa yang disuruh oleh ibuku. Lalu aku dibawa menghadap wajah ibuku. Pertama kali aku melihat wajah ibuku aku mendapati air wajahnya kelihatan sedikit keletihan dek akibat ibuku menggunakan banyak tenaga untuk melahirkan ku tetapi ibuku tetap menunjukkan seri wajahnya setelah menatap wajah gebuku. Aku melihat ibu dan juga bapaku tersenyum gembira kerana aku dilahirkan dengan cukup sempurna tubuh badan serta akal dan fikiran. Doktor Asiah memberitahu ibu bapaku bahawa berat ku sekarang ialah 2.5kg. berat yang sangat rendah. Aku tidak dibenarkan pulang ke rumah lagi disebabkan keadaanku masih lagi tidak stabil. Ibuku sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Selepas itu aku pun dibawa keluar dari bilik bersalin untuk diletakkan di bilik bayi. Pada ketika itu aku melihat ada lagi seorang bayi yang baru lahir di letakkan di sebelah aku. Aku berasa gembira kerana aku sekarang sudah pun punyai seorang rakan yang sebaya denganku, aku melihat ibu bapanya berada disisinya mengalunkan zikir yang enak didengar. Bapaku sempat bersembang dengan bapa dari bayi itu. Semasa di bilik bayi aku dikenakan pakaian yang dibeli oleh bapaku yang berjenama ‘Tolly joy’, itulah baju pertama yang disarungkan kepadaku setelah aku keluar melihat dunia. Ibuku sudah pun  dibenarkan pulang ke rumah tetapi aku masih lagi harus menetap didalam bilik bayi itu sehingga keadaanku kembali stabil. Aku terdengar tangisan rakan yang berada di sebelahku sangat nyaring sehingga menimbulkan gema di segenap pelosok bilik bayi itu. Disaat ibuku tiada aku berasa aku berada didalam kesunyian dengan bertemankan jururawat-jururawat yang sedia berkhidmat untukku.
            Keesokan harinya aku diperiksa oleh Doktor Asiah sekali lagi. Keadaanku semakin stabil berbanding semalam. Aku diberi suntikan ‘BCG’ dan juga ‘Hepatitis B’ untuk imunisasi dalam tubuhku. Sementara itu jururawat sedang menyediakan sarapan pagi untukku. Jauh dari sudut hatiku memikirkan ibuku yang berada di rumah. Aku dengan secara tidak langsung terdengar suara Doktor Asiah berbual di telefon bimbitnya bersama ibuku. Doktor Asiah menyuruh ibuku datang ke hospital itu diatas sebab-sebab tertentu. Aku berasa sangat aneh dikala itu. Setelah beberapa jam aku terdengar suara ibu bapaku yang sedang berbual di luar bilik bayi itu bersama Doktor Asiah. Setengah jam hampir berlalu, aku terasa pintu bilikku sedang di buka lalu terlihat wajah ceria ibu bapaku. Setelah membuka pintu ibuku lantas menghampiriku lalu mengendongku dan mencium dahiku. Lantas suara Doktor Asiah menyapa ibuku dari belakang
“kak, hari ni kak boleh membawa bayi kakak untuk pulang ke rumah kerana keadaannya sudahpun stabil.” Ibuku menjawab dengan penuh girang hati.
“betui ka doktor,?? Tanya ibuku kerana ingin mendapatkan kepastian.
 Doktor hanya mengangguk tanda setuju.
Aku merasa gembira kerana aku sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Aku melihat bapaku sedang khusyuk mengisi borang keluar dari hospital itu. Setelah selesai semuanya aku dibawa keluar dari bilik bayi itu  dan aku melihat rakan sebayaku tidak lagi boleh tinggalkan bilik bayi itu. Setelah selesai bapaku berurusan dengan kaunter pembayaran, aku dibawa menaiki kereta milik bapa saudaraku, keretanya kelihatan agak mewah kerana bapa saudaraku berstatus orang yang berada. Kepulangan ku kerumah dinantikan oleh abang-abang dan kakak ku. Setelah sahaja sampai di perkarangan rumah aku mendapati ramai kaum kerabatku sedang menantiku pulang ke rumah. Aku berasa amat gembira saat itu kerana mereka menyambutku bagaikan putera yang berada di kayangan. Setelah sahaja bapaku membawaku turun dari kereta itu, aku dibawa ke satu tempat yang agak menarik. Aku melihat disekelilingku orang yang ramai. Aku agak gelisah kerana mereka mencubit pipi gebuku. Aku melihat abang dan kakakku menghapiriku lalu mencium dahiku, aku tersenyum girang. Ramai yang memuji kecomelan ku ketika itu. Setelah itu aku diberi susu oleh ibuku. Aku menikmatinya dengan penuh nafsu sekali. Aku terdengar ibu dan bapaku sedang  berbincang tentang nama yang ingin diberikan kepadaku. Setelah membuat keputusan ibuku memberi namaku dengan nama Ahmad Daniel Asyraf. Aku teruskan menikmati susu yang diberi oleh ibuku tanpa menghiraukan nama yang ingin diberikan oleh ibuku. Setelah aku selesai disusukan, kakakku menghampiriku lalu aku dikendongnya, aku dihiburkan dengan nasyid ‘Hijjaz-Rasulullah’ aku terdengar alunan nasyid itu sungguh merdu sekali lalu aku terbuai di atas dakapan kakakku dek akibat keletihan melayan karenah orang disekelilingku…

***

Setelah beberapa bulan berlalu, kini usiaku sudah semakin meningkat. Usiaku kini sudah pun mencecah 5 bulan  3 hari. Kini tibanya masa untukku ditinggalkan oleh ibuku kerana ibuku ingin pergi bekerja untuk membantu ayahku mencari wang untuk membesarkan ku. Ibuku membawaku kerumah ibu saudaraku yang terletak disebelah rumahku. Ibuku bertemu dengan ibu saudaraku.
“Meloq, aku nak minta tolong dekat hang sikit...” Tanya ibuku dengan penuh harapan.
“apa dia kak???” Berkerut dahi tanda penasaran.
“aku nak minta hang tolong jaga anak aku sepanjang aku keluar pergi bekerja boleh tak??’’ Tanya ibuku lagi.
“oh itu ka? Boleh saja.. lagi pun aku tak ada kerja dekat rumah ni, kalau ada si Daniel tu boleh la juga teman aku kat rumah ni..” jawab ibu saudaraku dengan penuh girang.
“kalau macam tu setiap bulan aku bayar la dekat hang sebulan RM50 ringgit, ni baju dengan barang keperluan dia.. kalau dia nakal kau lempang je dia.. hahaha” ibuku memberi upah serta hak kepada ibu saudaraku dengan nada bergurau.
“hahahaha… jaga la kau Daniel nanti aku bedal kau cukup-cukup kalau kau nakal sangat hahaha..” kata ibu saudaraku dengan nada bergurau.
“kalau macam tu..  aku pergi kerja dulu lah, terima kasih lah kerana sanggup menjaga anak aku ye…” ibuku menyatakan hasratnya…
Sejak dari itu aku pun tinggal bersama ibu saudaraku. Aku berpeluang balik kerumah pada waktu malam sahaja kerana pada waktu itu ibu dan bapaku pulang dari kerja. Adik beradik aku semuanya masih bersekolah. Abang yang sulung bersekolah di Sekolah Agama Faizin,Guar Chempedak berada di tingkatan 2, manakala kakak ku sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun pada darjah 5 dan abang aku yang nombor 3 sedang belajar di sekolah sama dengan kakak aku dan berada pada darjah 1. Masing-masing tidak dapat menjaga aku melainkan ibu saudaraku. Setelah beberapa bulan bersama ibu saudaraku aku berasa sungguh selesa bersamanya. Ibu saudaraku menyanyangiku seperti anaknya sendiri kerana beliau belum dikurniakan cahaya mata sejak 5 tahun beliau mendirikan masjid bersama bapa saudaraku. Aku membesar bersamanya sehinggalah aku boleh bertatih dan juga bercakap. Beliau sentiasa mendidikku, mengalunkan lagu dikala aku ingin tidur. Bapa saudara ku bernama Che Ahmad. Orang selalu menggelarnya ‘Che Mad’ selalu membelikan aku mainan sehinggakan mainan aku sungguh banyak sekali. Aku dapat merasakan kasih sayang mereka kepadaku walaupun aku bukan anak kandung mereka, mereka selalu membawa aku pergi kemana sahaja mereka pergi.  Mereka menurut sahaja kemahuanku, apa yang aku ingin kan pasti mereka tunaikan tanpa merungut tentang wang ringgit. Kasih sayang mereka bagaikan air laut yang tidak pernah kering walau sekian lama. Setelah umurku mencapai 4 tahun aku tidak lagi tinggal bersama ibuku kerana aku lebih suka tinggal dengan bapa saudaraku. Kerana dari kecil aku bersama mereka. Aku menyanyangi mereka seperti aku menyanyangi ibu bapaku sendiri. Setiap kali bulan puasa aku selalu menyuruh bapa saudaraku membeli makanan kegemaranku iaitu nasi kerabu, masak merah ayam, ayam percik, air tebu dan macam-macam lagi. Aku cuma pulang ke rumah sebentar sahaja untuk melepaskan rinduku kepada ibu bapa serta saudara-saudaraku yang lain. Pada hari hari ini aku disoal oleh bapa saudaraku.
“Ap hang nak makan apa hari ni untuk nak buka posa Pak Lang nak beli? Soal bapa saudaraku.
“haa.. malam ni cek nak makan air laicikang, ayam madu dan cucur lembik.” Jawab aku dengan nada yang gembira..
“ ha sat lagi Pak Lang pi beli la kat bazaar ramadhan kat guaq tu..” bapa saudaraku mengiyakan jawapanku..
Setelah seminggu berpuasa kini Melor semakin sibuk membuat kuih untuk dijual pada seminggu sebelum hari raya. Ibu saudaraku membuat kuih raya seperti ‘buah rotan’ dan juga ‘agar-agar kering’. Pada setiap pagi aku menolongnya membuat buah rotan. Aku cuma menolongnya menggentel kecil-kecil kemudian salutkan dengan bijan. Itulah kerja aku pada setiap pagi pada bulan puasa. Pada masa aku 4 tahun aku sudah pun mula belajar berpuasa, tetapi malangnya aku berpuasa setengah hari terkadang tanpa pengetahuan ibu saudaraku aku mencuri-curi makan.
            “abang nampaknya anak kita suka sangat dengan Mak Langnya tu sampai tidak mahu tinggal bersama kita lagi yer??” Luah ibuku..
            “ biarlah Mah oi.. dia seronok duduk dengan Pak Lang dia biar lah..” kata suaminya.
            “raya dah nak dekat dah ni bang bila kita nak pergi beli baju dekat budak-budak tu??” ibunya bersoal tentang pakaian raya anak-anaknya itu.
            “ kita pergi beli hari minggu lah.. esok abang kerja la..” jawab suaminya dengan penuh keyakinan.
Fatimah ibu kepada Asyraf tersenyum lebar apabila mendengar kata putus suaminya itu. Pada masa yang sama bapa saudara dan juga ibu saudaraku juga bercadang untuk membelikan aku sepasang baju melayu untuk aku kenakan pada hari raya nanti. Bapa saudaraku berfikir bahawa ibu bapaku mesti ingin juga membelikan aku sepasang baju melayu, jadi bapa saudaraku pergi berbincang dengan ibu bapaku untuk pergi membeli baju raya bersama-sama. Aku merasakan aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapaku serta ibu bapa saudaraku. Mereka berlumba-lumba untuk membelikan aku sepasang baju raya. Aku rasa amat bertuah pada masa itu. Setelah tiba hari yang dinantikan iaitu hari raya aku pun mula memakai baju melayu hijau pucuk pisang yang dibeli oleh ibu bapaku mengikut warna kegemaranku. Selepas itu aku pun pergi meminta ampun dan maaf dengan ibu bapaku serta ibu bapa saudaraku. Pada hari itu aku mendapat duit raya yang sangat banyak. Aku berasa sangat gembira kerana mendapat duit raya yang begitu banyak sekali.

***

2 TAHUN KEMUDIAN…
            Usiaku kini telah meningkat aku tidak lagi tinggal bersama ibu saudaraku lagi. Kini aku tinggal bersama ibu bapaku sendiri. Aku mendapat pendidikan pertama di PASTI(Pusat Asuhan Tunas Islam). Aku di hantar oleh ibu bapaku supaya belajar disana. Hari pertama kau berasa sedikit kekok kerana aku tidak mengenali sesiapa pun, aku tidak punyai rakan dan aku tidak tahu apa-apa. Di sana aku diajar ‘ABC’, ‘alif ba ta’, ‘123’ serta doa-doa harian. Di PASTI aku di asuh oleh dua orang guru iaitu Cikgu Fauziah dan Cikgu Shidah. Cikgu Shidah itu orangnya cantik dan feminin manakala Cikgu Fauziah orangnya sangat comel. Aku diajar adab-adab, doa-doa, Surah-surah ringkas dan lain lain lagi.. setelah seminggu aku pergi mendapatkan pendidikan aku mendapat seorang rakan iaitu Firdaus. Di selalu bawa bekal roti dengan mentega sahaja. Dia sangat baik dengan aku pada waktu itu. Dalam kelas aku berada disisinya. Dalam masa cikgu sedang leka mengajar jam dinding sudah menunjukkan pukul 9. Masa itu adalah masa paling kami nantikan kerana masa itulah masa untuk kami rehat. Kami pergi ke ruang legar kelas kami dan membuat satu bulatan. Itulah yang diajar oleh guru-guru kami semasa di PASTI.
            “okay lah anak-anak, sekarang cikgu nak kamu semua orang membuat bulatan seperti bola ye.” Cikgu Fauziah mengajak anak muridnya membuat bulatan..
            “baik cikgu….” Jawab murid-muridnya termasuk aku yang berada di sebelah Firdaus.
Kami semua diminta untuk membaca doa makan beramai-ramai. Selepas membaca doa aku pun membuka bekal nasi yang ayahku beli di Pekan Jenun.
            “amboi... Asyraf... harini Asyraf bawak bekal nasi ayam ke?? Cikgu Shidah Bertanya kepadaku.
            “ya cikgu, cikgu nak ka? Kita kongsi dua orang nak tak?? Cikgu ambil separuh saya ambil separuh..” aku menjawab dan mempelawa Cikgu Shidah.
            “tak nak lah kamu makan lah nanti tak cukup pulak..” senda cikgu Shidah.
Selepas selesai makan aku dan rakan-rakan yang lain pergi bersiar-siar ke luar kelas. Pada masa itu aku sangat nakal, aku selalu memanjat pokok mangga sehinggakan guruku marah lalu mengambil galah untuk menyuruhku turun untuk sambung belajar. Tetapi aku tidak mengendahkan teguran itu…
Akhirnya aku akur dengan tindakan guruku. Apabila turun sahaja dari pokok mangga itu, Cikgu Fauziah menghukun aku dengan menarik telinga aku masuk kedalam kelas. Aku ditertawakan oleh rakan-rakan aku pada masa itu. Apabil dalam kelas cikgu sedang menceritakan tentang sirah nabi-nabi, pada masa itu mataku terasa berat seperti berkampit-kampit gula tergantung di bulu mataku. Mungkin ini akibat aku makan terlalu banyak pada waktu rehat sehinggakan aku berasa sangat mengantuk. Setelah beberapa minit aku terlena dalam duduk. Aku tidak menyedarkan diri sehinggalah sebiji penangan dari Cikgu Fauziah hinggap pada pipi kananku menyebabkan aku terkejut lalu aku membuka mata. Aku diberi hukuman sekali lagi belajar sambil berdiri. Semua rakan-rakanku melihatku dengan penuh lucu.
Semakin hari semakin aku membesar. Aku sekarang sudah pun berusia 6 tahun. Aku masih lagi belajar di PASTI As-Saadiah Kampung Sungai Baru. Kini aku sudah pun besar dan tahun akhir aku di PASTI itu. Aku tidak lagi senakal dulu. Aku semakin rajin untuk membuat latihan yang diberikan sehinggakan tidak cukup latihan yang diberi oleh cikgu. Tiba-tiba cikgu Shidah datang kepadaku dengan memegang sebuah buku
“Asyraf cikgu tengok kamu semakin rajin laa.. ni cikgu hadiahkan sebuah buku baru.” Sambil menghulurkan buku latihan kepadaku
“terima kasih cikgu.. cikgu boleh tak saya nak minta latihan lagi sebab latihan yang cikgu bagi untuk dibuat dekat rumah tadi sudah pun siap.” Aku meminta latihan lagi.
Dengan perasaan terharu Cikgu Shidah memberi latihan kepadaku lagi. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepadanya kerana menunaikan permintaanku. Tak lama lagi ada peperiksaan pertengahan tahun. Aku sibuk mengulangkaji dengan buku yang telah aku buat latihan itu.
            Selepas menduduki peperiksaan itu aku menerima keputusan yang amat teruk sekali. Aku di marahi oleh ibu bapaku. Saat itu aku bertungkus lumus belajar lagi setelah itu aku mendapat keputusan yang paling bagus pada peperiksaan akhir tahun. Selepas itu aku tamatlah pengajian aku di PASTI asuhan itu.

***
Hari ini aku bangun awal pagi seawal pukul 6.30 pagi. Aku bersiap-siap untuk aku pergi kesekolah baru aku iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun. Aku bangun mandi dan ayahku mengenakan aku pakaian seragam sekolah dengan berlencanakan lencana sekolah yang serba indah itu. Ayahku menyisir rambutku sehingga kelihatan rapi. Pada masa itu aku sangat rapat dan manja dengan ayahku. Ayahku menyapu sedikit bedak kemuka ku sebelum bertolak kesekolah baruku itu.
“Ap siap lagi tak dah sayup ni nak pergi kesekolah sat lagi cikgu tutup pintu pagaq”.
“siap dah.. sat ayah cek nak pakai kasut sat”
Setelah selesai pakai kasut aku pun segera membonceng dibelakang motor ayahku untuk  dihantar ke sekolah. Setelah sampai di pintu pagar sekolah aku melihat ‘pakcik guard’ senyum lebar kepadaku. Aku masuk kedalam kelas yang telah ditetapkan oleh guruku. Aku ditempatkan di kelas 1 Kuning buat sementara waktu, setelah itu aku diletakkan di kelas 1 Bestari. Itulah kelas aku di sekolah itu pada masa aku darjah satu.
            “hai, hang nama pa?”
            “nama aku Khairul Anuar.hang pulak nama pa?”
            “tengok la “name tag” aku ni nama pa?”
            “Oh Daniel Asyraf…”
Khairul Anuar adalah rakanku  di sekolah itu. Aku berkenalan dengan rakan-rakan sekelasku hari itu. Aku mendapat ramai sahabat di sekolah itu. Jam yang tertambat pada tangan kananku menunjukkan pukul 9.20 pagi aku berlari dengan sekuat hati pergi ke kantin untuk makan.
            “awak nak makan apa hari ni?” Tanya Solawatun rakan sekelas aku
            “aku ape lagi nasi ayam lah.. kenapa? Nak belanja ke?” aku menjawab dengan nada bergurau..
            “aku tak kata pun nak belanja hang, aku Tanya ja?” dengan muka yang merah padam
            “ aku nak gurau ja jangan lah marah” pujuk Asyraf
            “ wey ap, mai sini aku nak beli nasi kat hang” sampuk Azimah.
            “tak payah lah…” aku bertindak ‘jual mahal’..
            “sombongnya…” marah azimah..
            “ tak lah aku tak nak susah-susahkan hang laa” dengan perasaan kesal
            “ tak pe, biarkan….” Senda Azimah
Aku meneruskan hajatku untuk membeli nasi. Aku seperti biasa memesan nasi ayam yang ingin aku makan pada hari itu. Setelah membeli nasi aku terpandang di jauh di sudut kantin itu aku terlihat seorang rakanku yang makan seorang diri, lantas aku menghampirinya.
            “Assalamualaikum, hai boleh aku duduk disini makan dengan hang?” Tanya Asyraf
            “waalaikumussalam, boleh saja aku pun makan sorang-sorang ni... Hang nama pa?” Tanya Basri.
            “nama aku Asyraf..” jawabku sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya
            “oww… namaku Ahmad Basri” jawabnya sambil menyuap makanan masuk kedalam mulutnya.
Sambil aku makan bersamanya aku berbual dan bertanya asal usulnya. Dia di lahirkan pada hari dan waktu yang sama denganku. Malahan pula tempat dilahirkan pun sama dengan ku. Aku diberitahu ayah, semasa lahir ada seorang bayi yang lahir bersamaku semasa itu. Aku terdiam sejenak memikirkan rakan yang berada di hadapan ku itu. Aku membuat andaian bahawa bayi yang lahir bersamaku itu adalah Ahmad Basri yang berada di hadapanku pada waktu itu. Aku bertanya lagi nama bapanya. Kini jiwa ingin tahu semakin bergelora di hati kecilku. Setelah itu aku berasa yakin bahawa bayi itu adalah sebenarnya rakan yang berada di hadapanku kerana bapanya bernama Fadinlah seperti mana yang diberitahu bapa kepadaku. Setelah selesai makan aku mengatur langkah dengan pantas meninggalkan kantin itu menuju ke kelasku yang telah ditetapkan oleh guru besar sekolah itu semasa pendaftaranku tadi.
            Apabila saja aku melangkah masuk kedalam kelas, aku mendapati rakan-rakanku sudah pun bersedia untuk belajar dan guru sudah pun ada di dalam kelas. Aku menghempaskan punggungku di atas kerusi biru yang berhampiran dengan Khairul Anuar rakan pertamaku di sekolah itu. Aku dengan pantas mengeluarkan buku bahasa melayu dan menyalin karangan yang ditulis oleh Cikgu Azizah pada papan hitam. Setelah beberapa jam di sekolah kini tibanya masaku untuk pulang kerumah. Sebelum pulang semua pelajar harus berkumpul di hadapan pintu pagar menanti pintu pagar dibuka. Setelah pintu dibuka aku keluar dari kawasan sekolah lalu mencari ayahku. Aku melihat ayahku bersama motor kriss miliknya sabar menantiku di bawah pohon kelapa sawit. Aku dengan tangkas meluru kearahnya. Apabila tibanya aku di rumah aku, dengan pantas meluru ke bahagian dapur untuk mendapatkan nasi. Aku melihat ibuku telah pun siap menyediakan makanan tengah hari. Aku mendapatkan pinggan lalu menyedok nasi yang berada didalam periuk lalu menjamahnya. Aku menceritakan hal yang telah berlaku di sekolahku pada hari itu. Aku telah mendapat ramai rakan seperti Khairul Anuar, Ahmad Basri, Azimah, Solawatun, Suraya, Syahirah, Aliah Dalila, Syafiq, Saufi, Akmal dan ramai lagi. Aku memberitahu bapaku bahawa bayi yang lahir bersamaku pada waktu itu pun sedang belajar bersama di sekolah itu bersamaku.

***
4 TAHUN KEMUDIAN…
                   Kini usiaku sudah pun mencapai 11 tahun. Aku masih belajar di sekolah itu dan sedang berada pada darjah 5 Bestari. Aku memikirkan pada tahun hadapan aku wajib menduduki satu peperiksaan penting iaitu peperiksaan UPSR. Pada usiaku waktu itu aku mula belajar bersunguh-sungguh. Pada petang  pula aku menghadiri kelas kafa di sekolah itu pada masa yang sama aku mesti menduduki pepriksaan kafa iaitu UPKK yang amat penting juga dalam hidupku. Semasa darjah 5, aku berkenalan pula dengan beberapa rakan baru iaitu Zafirah. Dia lah yang paling bijak didalam kelas 5 Bestari pada masa itu mengalahkan Alia. Kami berdua menjadi kawan rapat. Selain itu aku mempunyai 2 orang kawan yang pling rapat iaitu Akmal dan juga Khairul. Mereka berdua sentiasa bergaduh untuk mendapatkan tempat bersamaku didalam kelas itu. Akhirnya, Zafirah menggunakan akal bijaknya menyusun kami duduk bersebelahan dimana aku berada di tengah-tengah sekali. Daripada akal bijak ini Akmal dan Khairul tak lagi bergaduh di sekolah disebabkan aku. Pada waktu petang pula, semasa kelas kafa Alia sentiasa menjual makanan seperti, ‘nugget’, ‘hot dog’,dan juga ‘daging burger’. Aku sentiasa memesan ‘daging burger’ kepadanya.
                   “woi petang ni hang beli ‘Nanonano’ tak dekat aku?” Azimah menyoal tentang gula-gula kegemarannya.
                   “aku baru sampai sat lagi la aku keluar pi Jenun tapi hang jangan habaq dekat Ustaz Said tau” Asyraf menjelaskan sebab kepada Azimah
                   “hah alright… semua beres hang jangan risau laa..” Azimah menyokong tindakan Asyraf itu..
Aku pun segera pergi mendapatkan Khairul lalu mengajaknya pergi ke Pekan jenun. Ustaz Said adalah ustaz yang mengajar kami kafa setelah Ustazah Sabariah berpindah ke sekolah lain.
                   Semasa usiaku 12 tahun aku berada di darjah 6 aku sudah pun meningkat dewasa. Aku pada tahun ini akan menduduki peperiksaan UPSR. Pada bulan 5 kami dibawa ke MRSM Pendang untuk menjalani kem motivasi anak warisan. Selepas daripada kem itu aku menghadiri tuisyen malam. Masa itu jadual harianku sangat ketat di sekolah maklum la tahun last di SKBJ. Tahun peperiksaan pulak.
                   Setelah tiba hari yang sangat dinantikan dan yang paling mendebarkan adalah hari untuk mengetahui keputusan UPSR. Aku pergi bersama kakakku untuk mengambil keputusanku. Aku masuk kedalam dewan aku mendapati ramai rakanku yang sudah menanti untuk dipanggil nama. Tiba-tiba namaku dipanggil oleh Cikgu Harun
“Ahmad Daniel Asyraf Bin Mat Nayan” dengan nada yang tinggi. Aku bergegas ke kaunter dimana Cikgu Harun memanggilku lalu aku diberi sehelai kertas dan juga sebuah file kuning. Aku melihat kertas itu dengan teliti. Aku meneliti kertas itu, aku mendapati aku mendapat keputusan UPSR 2A 2B 1C. BM(1) A, BM(2) A, Sains B, Bahasa Inggeris B, dan Matematik C. Selepas semua mendapat keputusan masing-masing, guru besar menyuruh kepada setiap murid yang dapat 2A untuk mengambil borang ke Sekolah Menengah Tengku Temenggung. Tetapi aku dengan segera mengajak kakakku pulang ke rumah kerana aku tidak mahu tinggal di asrama. Aku menyatakan hasratku kepada kakakku untuk melanjutkan pelajaranku di Sekolah Model Khas Bukit Jenun.

***
                   Setelah aku mendapat keputsan UPSR maka tamat lah aku di Sekolah Rendah. Kini aku semakin meningkat dewasa aku semakin melangkah ke alam remaja. Pada pagi itu aku bangun awal sekali daripada orang lain dalam rumahku kerana hari itu adalah hari pendaftaranku di sekolah baru aku iaitu Sekolah Model Khas Bukit Jenun. Seperti biasa aku bangun bersihkan diri setelah itu aku menunaikan solat. Setelah itu aku pun memakai pakaian seragam sekolah menengah kerana hari itu aku harus mendaftarkan diri aku di sekolah itu. Segala persiapan yang telah ku lakukan seperti salinan fotostep kad pengenalan dan segala butir peribadiku telah aku muatkan di dalam fail yang telah diberi semasa mengambil keputusan peperiksaan tempoh hari, telah ku lakukan pada malam itu dek kerana semangat yang membara untuk melanjutkan pelajaranku di sekolah baru. Setelah itu aku pun segera berangkat ke sekolah bersama-sama kakakku untuk pendaftaran. Setelah aku melangkah masuk ke dalam kereta aku di peringat sekali lagi oleh kakakku tentang butir-butir peribadiku untuk dibawa ke sekolah baru. Setelah sahaja sampai di perkarangan Dewan Cempaka Sekolah Model Khas Bukit Jenun aku terlihat ramai bakal pelajar sudah pun beratur untuk mengambil giliran untuk mendaftar. Aku melangkah keluar dari kereta lantas menuju ke kaunter untuk mengambil angka giliran manakala kakakku pula sedang mengejarku dari belakang. Setelah mendapat angka giliran aku mendapati aku mendapat angka yang ke 141. Ini bermakna aku adalah orang yang ke 141 mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Aku mendapati tidak ramai rakanku yang bersamaku di sekolah rendah melanjutkan pelajaran di sekolah itu. Hanya beberapa orang saja rakan ku seperti Basri, Azimah, Aliah, Zulhelmi dan beberapa rakan ku yang lain yang tidak seberapa rapat denganku. Setelah mendengar ceramah dari Pk Hem sekolah itu iaitu En.Zakaria aku dibenarkan untuk ke koperasi sekolah untuk mendapatkan peralatan untuk belajar seperti buku,lencana, tali leher dan sebagainya.
                   Hari ini adalah hari pertama aku di Sekolah Model Khas Bukit Jenun. Aku seperti biasa bangun awal menbuat persiapan untuk pergi ke sekolah baruku itu. Setelah sampai di pintu pagar aku melangkah ke dalam kawasan sekolah dengan semangat yang membara dengan berniatkan di hati ‘datang dengan seribu harapan dan pulang dengan satu kejayaan’. Aku berasa kekok apabila berada dalam majlis perhimpunan yang pertama di sekolah baru itu disebabkan aku berada di hadapan baris tingkatan 1 pada masa itu. Setelah selesai majlis tersebut semua pelajar tingkatan 1 di minta tunggu di dalam dewan untuk sesi pemilihan kelas. Aku mendapati aku berada di kelas 1 Cekal dan beberapa rakanku yang berada bersamaku di sekolah rendah dahulu. Apabila mendapat kelas kami semua menjalankan aktiviti gotong royong untuk membersihkan kelas. Semasa dalam kelas aku sempat berkenalan dengan rakan baru dalam kelas itu. Pada hari itu aku mendapat ramai rakan baru seperti Syukur Fauzi, Syukur Syamsudin, Aizat, Afiq, Mawardi, Ahmad Faizal, Shaleni, Yogenthiravani dan ramai lagi. Guru kelas 1 Cekal pada masa itu ialah Pn Hjh. Normadiah. Pada hari itu aku berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan bersama mereka. Semasa aku di sekolah itu juga aku telah mendapat abang angkat dari kalangan senior  iaitu Mohd Azuan, Mohd Syawal, Mohd Aizad Jamil dan juga Rusydi. Mereka sangat baik dan mereka sedang belajar di tingkatan lima. Selain itu aku juga telah mendapat kakak angkat iaitu Nor Ku Zuzarmiza dimana beliau adalah kawan rapat Abang Azuan dan telah menjadi pasangan yang paling secocok di sekolah itu.
Beberapa Bulan Kemudian,
                   Aku semakin akan terpisah bersama abang-abang angkatku kerana mereka sudah pun selesai belajar pada sekolah menengah dan hanya menunggu untuk menghadapi peperiksaan SPM. Pada hari terakhir aku bersama mereka iaitu pada 18/10/2006 hari sambutan awal ramadhan para pelajar diminta berkumpul di dewan cempaka untuk sesi sambutan awal ramadhan. Pada waktu itu aku berada disisi abang angkatku kerana hari itu adalah hari terakhir. Pada masa itu aku sangat sedih kerana selepas ini mungkin aku dapat berjumpa mereka lagi. Semasa aku menghampiri Abang Aizad dan abang-abang yang lain kecuali abang Azuan, tiba-tiba abang Azuan menyapaku dari belakang.
                   “adik hari ni, hari terakhir abang kat sekolah ni lepas ni susah lah nak jumpa abang” kata Azuan dengan nada perlahan
                   “yela abang adik rasa sedih sangat nak tinggalkan abang, abang baik suka tolong adik” jawab aku dengan perasaan yang amat sedih.
                   “adik nak pergi mana ni?” tanya Azuan .
                   “adik nak pergi dekat abang Aizad. Abang jom la kita duduk sekali kat sana buat kali yang terakhir” aku merayu dengan penuh tragis.
                   “jom lah...” ringkas sahaja jawapan Azuan.
Aku pun berjalan bersama Abang Azuan ke kerusi berhampiran pintu dewan.

***
                   Aku memegang jawatan AJK keperasi di sekolah itu pada tingkatan 2. Aku mula bertugas di koperasi sekolah itu pada awal tahun 2007. Semasa ditingkatan 2 Cekal aku berkawan dengan salah seorang rakanku iaitu Aizat. Sejak hari itu aku semakin rapat bersamanya. Kami berdua telah dilantik menjadi AJK keperasi. Di koperasi aku berkenalan pula dengan dua orang kakak yang bekerja di situ iaitu kak Nadia dan kak Timah. Kak Nadia seorang yang ‘open mainded’ kak Timah pula seorang yang pelawak. Aku gembira dapat berjumpa mereka. Banyak pengalaman yang telah aku pelajari dari mereka. Banyak juga kenangan yang telah aku lalui bersama mereka. Pada suatu hari, apabila aku pulang ke rumah aku diberitahu oleh bapaku yang bapaku akan menghadiahkan aku sebuah telefon bimbit Motorola L7 untuk kemudahanku sendiri. Aku berasa gembira mendapat bapa yang penyanyang seperti dia. Bapaku sentiasa memenuhi permintaanku tanpa merungut sedikit pun.
                   Pada suatu hari yang agak suram, pada pertengahan tahun 2007 aku  pulang ke rumah setelah sehari aku di sekolah. Setibanya aku di perkarangan rumah aku terlihat ramai orang berada di sekeliling rumahku. Apabila aku turun dari motosikal aku di minta bersabar dapada rakan-rakan sekampungku. Fikiranku semakin keliru.
                   “ap hang bersabaq banyak-banyak noh” kata Fakhrul
                   “awat wey? Knp rumahku ramai orang? Apa dah jadi?” aku bertanya dengan penuh kekeliruan.
                   “hang sabaq la banyak-banyak” sekali lagi Aiman menyabarkanku.
                   “bila pulak ayahku buat kenduqi dia tak habaq kat aku pun? Baik hang habaq kat aku cepat” aku bertanya lagi untuk mendapat kepastian.
Setelah aku melangkah masuk kedalam rumah aku melihat sekujur tubuh ibuku sedang terbaring di hadapan televisyen tanpa menunjukkan sebarang reaksi dengan berselimutkan kain batik miliknya. Aku melihat ramai orang berada di sekelilingnya. Ada yang membaca surah yasin. Jantungku semakin berkocak dengan kencang. Aku melihat ibuku tidak lagi bergerak matanya terpejam dengan rapat sekali. Aku tersentak ketika itu melihat ibuku yang berada dalam keadaan itu. Rakan baik ibuku sedang menangis disisinya membuatkan jiwaku bergelora ketika itu. Aku dengan cepat menuju ke bilikku untuk menyalin pakaian. Aku langsung tidak menghiraukan keadaan sekelilingku pada ketika itu. Selepas itu aku melangkah masuk kedalam bilikku yang agak usang aku menghempaskan punggungku diatas katil memikirkan apa dah berlaku pada ibuku. Apa yang terlintas difikiranku pada masa itu tidak mungkin berlaku. Aku tersentap sekali lagi sehingga menitiskan airmata. Aku tidak dapat menahan airmata lagi sehingga menitis jua akhirnya. Setelah itu aku keluar daripada bilikku lantas ibu saudaraku menghampiriku.
                   “bawak banyak sabaq Ap, mak hang jadi pa pun tadi masa dia dok menjait dia qasa lengoh pas tu dia bangun la tetiba dia qasa sebelah badan dia tak boleh bergeqak lagi” jelas ibu saudaraku
                   “habis tu kenapa dia tak bergerak dia  pejam mata? Mak Lang jangan dok bohong laa..” aku menjawab dengan nada tidak puas hati.
                   “betoi!  bat pa laa Mak Lang nak bohong hang!! Dia pejam tu dia tidoq.”jelas ibu saudaraku lagi
Aku bergegas ke hadapan melihat keadaan ibuku lagi kali ini aku melihat ibuku telah pun sedar tetapi dia tidak lagi sempurna macam dulu lagi. Dia cuba berbicara dengan aku tetapi aku sepatah pun tidak faham. Ibuku bercakap seperti orang bisu. Aku melihat ibuku cuba untuk bergerak tetapi malangnya badannya sebelah kanan tidak boleh lagi digerakkan. Aku tersentap melihat keadaan ibuku yang sedang meronta-ronta untuk kembali bangun dan bergerak namun perbuatannya sia-sia. Orang lain yang menyaksikan kejadian tersebut turut menitiskan airmata apatah lagi aku sebagai anaknya yang dilahirkan pada rahimnya sendiri. Perasaanku dikala itu sangat sedih aku tidak dapat menahan kesedihan itu sehinggalah bercurah-curah airmata mengalir dipipi gebu ku ini. Ibuku cuba bercakap dengan rakannya tetapi mesej yang ingin disampainya tidak dapat difahami oleh rakannya itu. Aku sekali lagi tersentap ibuku tidak lagi seperti dulu dapat membawa aku kemana aku ingin pergi, menghantarku kesekolah setiap pagi, menyediakan aku sarapan pagi untukku, menemaniku ketika aku ingin membeli peralatan sekolah. Kini ibuku hanya boleh melihatku sahaja. Ibuku kini terlantar di atas tilam. Dia tidak lagi dapat membuat kerja harian yang selalu dibuat untukku. Terasa sangat perit untuk ku telan. Kini aku merasakan aku harus melakukan hal yang sama ibuku lakukan kepadaku ke atasnya.  Kini aku tidak lagi dapat mengharapkan ibuku. Aku harus melakukan segalanya sendiri. Ibuku hanya mampu melihat dan tidak dapat melakukan apa-apa.
                   “sabar lah ap mungkin ni dugaan yang hang harus terima dari allah, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni” jiranku cuba menyabarku lagi.
Dari saat itu aku pun menjalankan tugas ku seperti mana ibuku lakukan kepadaku dari aku kecil sehingga sekarang. Aku menyediakan makanan ibuku, aku membasuh pakaiannya dan menyuapnya apabila dia lapar kerana dia tidak mampu lagi untuk berbuat seperti sedia kala. Setelah mendapat pengesahan daripada doktor, kini baruku tahu bahawa ibuku mengidap lumpuh sebelah kiri badannya. Sekali lagi aku tersentap dengan keputusan tersebut. Setelah beberapa lama ibuku mengidap lumpuh aku terima keadaan itu dengan redha.
***

 Setahun Kemudian,
                   Kini aku sudah pun mencapai 15 tahun, aku berhadapan dengan satu lagi halangan iaitu peperiksaan PMR. Setelah aku menjalani UPSR semasa aku darjah 6 kini tiba pula satu lagi peperiksaan besar iaitu peperiksaan PMR yang akan menentukan aku berada di aliran mana pada tingkatan 4. Dengan memikirkan keadaan ibuku yang sedang sakit aku belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mengembirakan ibuku. Aku pergi ke sekolah setiap hari dengan sedikit harapan daripada ibuku. Aku tidak mahu buat ibuku bersedih lagi. Aku mendapat seorang lagi rakan baru yang baru pindah dari Perak ke sekolahku iaitu Aina Syafira. Dia yang banyak membantuku dalam pelajaranku ketika itu. Pada masa aku di tingkatan 3 aku berada di kelas 3 Cekal dimana guru kelas aku pada masa itu adalah Ustazah Wan Meriam. Beliau sangat baik. Aku pada masa itu menjadi ketua kelas, jadi aku sentiasa menjadi perhatian daripada ustazah kerana aku ketua kelas itu. Aku sangat gembira dapat guru kelas yang selalu memahami perasaanku. Dikala itu ada 3 orang rakan sekelas itu yang nakal yang selalu membuatku marah didalam kelas. Fahmi menghampiriku kerusi dimana aku duduk untuk belajar.
                   “woi ap hang siap tak lagi agama? Mai buku hang sat aku nak tiru” alasan Fahmi untuk meniruku.
                   “dak dak dak... aku tak siap lagi p mintak kat oqang lain!! Jangan kacau aku boleh ark!!!!!!!” aku menjawab dengan marah sekali.
                   “oww belagak hang noh dengan aku.. sat lagi siap hang dengan aku” ugut Fahmi.
                   “mampuih pi kat hang la.. ada aku kisah???” aku menjawab dengan nada ejekan.
Setelah itu Fahmi beredar dari tempatku dengan perasaan marah. Aku membebel keseorangan. Aizat yang berada di sebelahku menanyakan aku sebab aku membebel kerana telinganya hampir menanah mendengar leteranku. Aku diam tanpa berbicara sepatah pun.
                   Hari yang dinantikan selama 3 tahun telah pun tiba, segala usaha dan tawakalku akan diuji hari ini. Apabila aku masuk kedalam dewan peperiksaan sahaja ketua pengawas memberikan arahan untuk menjawab soalan. Selepas itu aku pun mula menjawab dengan sedikit doa yang ku baca sebagai penerang hatiku untuk menjawab soalan tersebut sehinggalah hari terakhir peperiksaan PMR. Setelah selesai peperiksaan besar itu semua pelajar tingkatan 3 menjalankan satu program selepas PMR. Salah satu dari program itu adalah hari keusahawnan. Aku yang berada sekali kumpulan dengan Aizat dan Aina  bercadang untuk menjual ‘dunkin donuts’, ‘wedges’ dan juga ‘pizza’. Jualan kami pada hari itu sangat menguntungkan. Kami mendapat pulangan RM7 setiap seorang hasil jualan itu.
                   Hari ini keputusan PMR keluar. Aku bangun agak lewat kerana aku terlupa akan tarikh pengumuman keputusan aku agak kelam kabut. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering aku menjawabnya, aku mendapati Aizat menghubungiku untuk pergi mengambil keputusan bersama-sama. Aku yang agak kelam kabut bersiap untuk pergi mengambil keputusan. Setelah tiba di sekolah aku bergegas ke bilik etem dimana tempat unuk mengambil keputusan PMR. Setelah aku menandatangani surat tersebut aku diberi keputusan. Setelah aku meneliti keputusan PMR ku, aku mendapati aku mendapat 3A 1B 4C. Aku agak kecewa kerana terdapat C dalam keputusanku. Aku segera pulang kerumah memberitahu ibuku tentang keputusanku itu. Ibuku mengucapkan tahniah atas usahaku mendapat 3A. Ibuku yang sedang sakit memberi harapan kepadaku walaupun aku mendapat keputusan yang agak teruk.

***
2 Tahun Kemudian...
                   Kini aku sudah pun bergelar remaja aku tidak lagi kanak-kanak seperti dulu. Dengan keputusan ku yang aku perolehi dari tingkatan 3 kini aku di tempatkan di dalam aliran sains. Aku kini aku berada di kelas 5 Amanah. Ini bermakna tahun terakhir bagi aku belajar di sekolah itu. Aku seperti biasa datang ke sekolah dengan seribu harapan dan pulang dengan satu kejayaan. Aku memikirkan tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan menentukan kehidupanku pada masa hadapan. Hari pertama pada tahun terakhirku, aku dan rakan ku yang lain diminta oleh Cikgu Jailani untuk menjadi fasilitator bagi program orientasi pelajar tingkatan satu. Pada masa itu aku terkenang kembali 5 tahun yang sudah lepas aku berdiri di situ untuk menjalani sesi orientasi kini aku tidak lagi berdiri disitu untuk menjalani orientasi tetapi aku berdiri disitu untuk mengendalikan para pelajar tingkatan satu. Aku sebagai seorang PRS aku menjalankan tugasku seperti mana diminta oleh Cikgu Jailani. Pada pagi itu setelah melangkah masuk kedalam Dewan Cempaka aku melihat ramai pelajar tingkatan satu yang sedang beratur mengikut kumpulan. Semasa mengendalikan program itu aku dapat berkenalan bersama adik-adik tingkatan satu seperti Adik Akmal Hakim, Adik Husin, Adik Ali Mutaadho, dan Adik Alias. Aku dapat berkenalan dengan mereka kerana aku ditugaskan berada pada kumpulan mereka pada masa itu. Pada satu masa dimana satu program yang telah dikendalikan oleh Cikgu Jailani adalah program untuk mencari 2 pasagan ideal yang terdiri dari kalangan pelajar tingkatan 1. Kami sebagai PRS diminta untuk mencari pasangan-pasangan tersebut. Pada masa itu aku pun bergurau senda dengan adik-adik yang berada dalam kumpulan yang aku kendalikan. Banyak juga kenangan yang telah aku tinggalkan bersama mereka sepanjang program itu dijalankan.
                   Setelah beberapa bulan berlalu, apabila aku yang sedang belajar didalam kelas terdengar satu pengumuman daripada En.Arshad.
                   “Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera, minta maaf bagi guru-guru yang sedang mengajar, perhatian kepada semua warga Sekolah Model Khas Bukit Jenun, disini ada satu pengumuman, pada pukul 1.30 p.m hari ini akan diadakan mesyuarat rumah sukan pada tahun 2010. Sehubungan dengan itu, semua pelajar mestilah bergerak ketempat-tempat yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.”
Setelah mendengar dengan teliti pengumuman itu aku segera menuju ke surau lama kerana mesyuarat ahli rumah wira ditempatkan disitu bersama Aizat. Setelah aku menanggalkan kasut lantas aku masuk kedalam surau, aku mencari tempat untuk aku duduk dalam surau itu akhirnya ada seorang pelajar tingkatan satu memanggilku untuk duduk bersamanya iaitu adik Akmal Hakim. Semasa aku ingin menghempaskan punggungku diatas lantai surau itu aku melihat seorang pelajar tingkatan satu yang duduk disebelah Adik Akmal. Setelah aku meneliti namanya baruku tahu nama pelajar itu adalah Muhd Haikal. Pada masa yang sama kami berkenalan antara satu sama yang lain kerana kami berada dalam satu rumah sukan.
                   “baru sampai ka?” tanya adik akmal.
                   “dak aih... sampai maqin lagi” aku menjawab dengan nada bergurau
                   “yaka...”jawab akmal tersimpul malu
                   “abang ni nama apa?” Sampuk Haikal
                   “nama abang Hafizi” aku menipu nya dengan niat bergurau.
                   “dak dia bohong nama dia Asyraf?” aizad mengagalkan niatku
                   “hahahaha... yela tu betoi la tu nama abang Asyraf?” aku mengalah akhirnya.
Sejak dari hari itu aku semakin rapat dengan Adik Haikal. Setiap kali ada latihan sukan kami akan duduk dalam satu kumpulan yang terdiri daripada Adik Akmal, Adik Haikal, Adik  Azhari dan juga Aizat.
                   Semasa latihan merentas desa atu lebih dikenali sebagai ‘road run’ aku bersama adik Haikal akan berlari bersama. Sejak dari hari itu aku telah mengambilnya menjadi adik angkat aku kerana aku tiada adik kandung. Aku sangat teringinkan untuk memiliki seorang adik yang baik tetapi aku lah anak bongsu didalam keluargaku. Aku telah menganggapnya sebagai adik kandungku sendiri kerana kebaikannya kepadaku. Tetapi amat malang sekali, adik yang ku anggap baik telah berubah sekelip mata. Dia kini tidak mempedulikanku lagi. Apabila aku terserempaknya adik Haikal akan lari. Apabila aku ingin berjumpanya berbagai alasan yang diberikan. Aku merasakan diriku tidak dipedulikan lagi seperti dulu. Kini apabila bertembung dengannya di sekolah, aku bagaikan tidak pernah wujud dikala itu. Betapa sedih hatiku apabila diperlakukan seperti itu kepadaku. Kini aku membiarkan segalanya telah berlalu kerana aku memikirkan SPM yng bakal tiba tidak lama lagi. Kenangan bersama adikku biarlah ia hanya tinggal kenangan. Aku cuba untuk melupakan kisah yang telah berlaku tetapi aku tidak berjaya melakukannya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bahagiakan diriku sendiri.
                   Pergilah derita, pergilah. Biarkan pula mereka mengulit kasih yang mekar berbunga. Aku kini bahagia. Andai itu takdir-Nya yang harus ku tempuhi sebelum menggapai bahagia. Aku redha atas ketentuan-Nya.  Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.


-Tamat-